Showing posts with label KOLEKSI LATIHAN TATABAHASA.. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI LATIHAN TATABAHASA.. Show all posts

Saturday, 14 July 2012

LATIHAN TATABAHASA 2


TAJUK:  PENJODOH BILANGAN

1.   Anggota tentera itu melontarkan ________________bom
      tangan ke arah kubu musuh.

     A.  sebentuk
     B.   sebutir
     C.  secekak
     D.  sebuku

2.   Selepas makan beberapa _______________nangka, emak
     Asmah berasa sakit perut.

     A.  hiris
     B . kupas
     C.  utas
     D.  ulas

3.   Susan mencapai ___________________kertas, lalu menulis
      sedikit nota ringkas.

     A.  secebis
      B.   sehelai
     C.  sebuku
     D.  sebaris

4.   Beberapa _____________sungai di negara ini dikenal pasti
      telah tercemar.

     A.  biji
     B.  baris
     C.  buah
     D.  batang

5.   Cikgu Faridah menyuruh murid-muridnya menulis
      beberapa ___________ ayat penyata di dalam buku latihan
      mereka.

     A.  baris
     B.  patah
     C.  untai
     D.  urat

6.   Haji Sabtu menyuruh cucu kesayangannya itu
      membelikannya se __________ surat khabar daripada
      penjual surat khabar itu.  

     A.  tongkol
     B.  pasukan
     C.  naskhah
     D.  helai

7.   Satu ______________kapal perang diarah belayar ke
      kawasan perairan Selat Melaka untuk menghalang kapal
      selam pasukan tentera Amerika daripada mencerobohi
      kawasan perairan negara.

     A.  kawan
     B.  kelompok
     C.  gerombolan
     D.  angkatan

8.   Dalam permainan itu, para peserta yang mengambil
      bahagian dikehendaki meniup beberapa ____________lilin.

     A.  ruas
     B.  buku
     C.  buah
     D.  batang

9.   Se____________kerbau milik tok penghulu mati kerana
      keracunan.

     A.  deret
     B.  pasukan
     C.  kandang
     D.  kelompok

10.  Adik nyaris-nyaris tertelan se_____________ mata kail ketika
       dia sedang mengikat mata kail itu dengan tali
       pancingnya.

     A.  bentuk
     B.  buah
     C.  butir
     D.  batang


LATIHAN TATABAHASA 1


TAJUK:  KATA ARAH

Arahan:  Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

atas                seberang                  tepi                 hadapan         

luar                 puncak                     tengah           selatan       

pangkal         bawah

1.   Pak Hamid menyorong motosikal Hondanya itu ke
      ____________rumah kerana takut kehujanan.

2.   Setelah penat bekerja sepanjang hari, Wak Tumin berehat
      di ____________ pokok jambu di tepi bendangnya itu.

3.   Negeri Johor terletak di _______________ Semenanjung
      Malaysia.

4.   Ayah mendirikan sebuah danau di _____________
      bendangnya itu.

5.   Dua orang rakyat Malaysia telah mencipta nama sebagai
      orang yang pertama sampai ke _____________Gunung
      Everest.

6.   Sewaktu belajar di _______________negara, Abang Long
      tidak pernah menghantar berita kepada kami di
      kampung.

7.   Mokhtar berjanji kepada saya untuk menunggu saya di
      _____________ perhentian bas Puduraya pada petang
      nanti.

8.   Kata Dali, “Di ______________sungai itulah mayat pemuda
      yang berlumuran darah itu terbaring.”

9.   Di _________________tasik sanalah, raksasa itu dipercayai
      bersembunyi.

10. Pemuda yang kurang siuman itu telah terjun dari
      ________________bangunan yang sedang dalam
      pembinaan itu.