Saturday, 14 July 2012

LATIHAN TATABAHASA 2


TAJUK:  PENJODOH BILANGAN

1.   Anggota tentera itu melontarkan ________________bom
      tangan ke arah kubu musuh.

     A.  sebentuk
     B.   sebutir
     C.  secekak
     D.  sebuku

2.   Selepas makan beberapa _______________nangka, emak
     Asmah berasa sakit perut.

     A.  hiris
     B . kupas
     C.  utas
     D.  ulas

3.   Susan mencapai ___________________kertas, lalu menulis
      sedikit nota ringkas.

     A.  secebis
      B.   sehelai
     C.  sebuku
     D.  sebaris

4.   Beberapa _____________sungai di negara ini dikenal pasti
      telah tercemar.

     A.  biji
     B.  baris
     C.  buah
     D.  batang

5.   Cikgu Faridah menyuruh murid-muridnya menulis
      beberapa ___________ ayat penyata di dalam buku latihan
      mereka.

     A.  baris
     B.  patah
     C.  untai
     D.  urat

6.   Haji Sabtu menyuruh cucu kesayangannya itu
      membelikannya se __________ surat khabar daripada
      penjual surat khabar itu.  

     A.  tongkol
     B.  pasukan
     C.  naskhah
     D.  helai

7.   Satu ______________kapal perang diarah belayar ke
      kawasan perairan Selat Melaka untuk menghalang kapal
      selam pasukan tentera Amerika daripada mencerobohi
      kawasan perairan negara.

     A.  kawan
     B.  kelompok
     C.  gerombolan
     D.  angkatan

8.   Dalam permainan itu, para peserta yang mengambil
      bahagian dikehendaki meniup beberapa ____________lilin.

     A.  ruas
     B.  buku
     C.  buah
     D.  batang

9.   Se____________kerbau milik tok penghulu mati kerana
      keracunan.

     A.  deret
     B.  pasukan
     C.  kandang
     D.  kelompok

10.  Adik nyaris-nyaris tertelan se_____________ mata kail ketika
       dia sedang mengikat mata kail itu dengan tali
       pancingnya.

     A.  bentuk
     B.  buah
     C.  butir
     D.  batang


No comments:

Post a Comment