Showing posts with label KOLEKSI KARANGAN AUTOBIOGRAFI. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI KARANGAN AUTOBIOGRAFI. Show all posts

Saturday, 14 July 2012

KARANGAN AUTOBIOGRAFI 2


Aku Sebuah Kereta
Kategori:Penulisan UPSR

                                 
            Aku sebuah kereta buatan Malaysia. Aku bernama Proton Gen – 2. Aku dilahirkan dan dipasang di sebuah kilang kereta di Shah Alam, Selangor. Tubuhku yang berwarna biru metalik diperbuat daripada pelbagai bahan seperti besi, keluli, getah dan cermin antirelai. Aku turut dilengkapi dengan tali pinggang, beg udara dan sistem penggera untuk tujuan keselamatan.
            Setelah lulus pandu uji, aku dihantar ke bilik pameran Proton di Bukit Rahman Putra. Aku dipamerkan bersama kereta – kereta keluaran Proton yang lain seperti Satria, Saga dan Savvy. Selang beberapa minggu, seorang perempuan bernama Tania tertarik denganku. Suaminya membeliku sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.
            Bermulalah kehidupanku yang baru. Kendatipun sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan – rakanku di bilik pameran, aku bertekad akan berkhidmat dengan cemerlang untuk tuanku. Tania menggunakan aku untuk ke pejabat, ke pusat membeli belah dan ketika membuat urusan harian yang lain.
            Tuan aku sangat sayang akan diriku. Aku dijaga ibarat
menatang minyak yang penuh. Tania akan memanduku dengan cermat dan menjagaku dengan rapi. Malah aku dimandikan seminggu sekali dengan syampu bermutu tinggi.
            Malang tidak berbau, suatu hari aku dan Tania terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya. Sebuah kereta terbabas dan merempuhku. Tania gagal mengawal sterengku lalu melanggar pembahagi jalan. Aku menjerit kesakitan. Badanku kemek teruk manakala enjinku rosak. Aku ditarik menggunakan sebuah kereta tunda ke bengkel untuk dibaiki.
            Tania dikejarkan ke hospital. Mujurlah tuanku tidak cedera parah namun Tania mengalami trauma. Tuanku takut untuk memandu lagi kerana bimbang akan terlibat dengan kemalangan lagi. Kini, Tania lebih gemar menaiki teksi untuk ke mana – mana. Aku tidak lagi dihampirinya. Aku berasa kecil hati kerana dibiarkan begitu sahaja di garaj kereta. Perasaanku terguris laksana kaca terhempas ke batu.Aku berdoa agar satu hari, Tania akan memanduku semula.



KARANGAN AUTOBIOGRAFI 1


Karangan Jenis Autobiografi

1.  Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu
     membayangkan diri anda Sebagai sesuatu benda secara
     terperinci.
2.  Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari
     mula hingga akhir.
3.  Boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan atau
     rencana.
4.  Aturan membina karangan
     (tempat asal, nama, dilahirkan di mana, proses
     pembuatan, dibungkus, dipamerkan, bertukar milik,
     perasaan sedih atau gembira.
5.  Boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan,
     bukan dengan manusia.
6.  Paparkan nilai-nilai murni. 

Aku Sebuah Kapal Terbang


                Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia.
                Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.
                Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh.
                Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku pada waktu itu umpama kaca terhempas ke batu.
                     Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.